Friday, October 27, 2017

SURAH AL-'ALAQ (SEGUMPAL DARAH)

ASBABUN NUZUL



Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, ia berkata bahawa permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik pada waktu tidur. Biasanya mimpi yang dilihat itu jelas, sebagaimana cuaca pagi. Kemudian, timbullah pada diri beliau keinginan meninggalkan keramaian. Untuk itu, beliau pergi ke Gua Hira untuk berkhalwat. Beliau melakukannya beberapa hari. Khadijah, isteri beliau menyediakan perbekalan untuk beliau.

Pada suatu saat, datanglah malaikat kepada beliau. Malaikat itu berkata, "Iqra (bacalah)!" Beliau menjawab "Aku tidak pandai membaca." Malaikat mendakap beliau sehingga beliau merasa kepayahan. Malaikat itu kembali berkata, "Bacalah!". Beliau menjawab lagi, "Aku tidak pandai membaca." setelah tiga kali beliau menjawab seperti itu, malaikat membacakan surah al-'Alaq ayat 1-5 sebagaimana tersebut.


Setelah selesai membacakan kelima ayat tersebut, malaikat pun menghilang. Tinggallah beliau seorang diri dengan perasaan ngeri (takut). Beliau segera pulang menemui Khadijah. Beliau tampak gugup sambil berkata, "Zammiluni, zammiluni (selimut aku, selimut aku)." Setelah mereda rasa takut dan dinginnya, Khadijah meminta beliau untuk menceritakan kejadian yang dialami. Setelah mendengar cerita yang dialami beliau, Khadijah berkata, "Demi Allah, Allah tidak akan mengecewakanmu selama-lamanya. Engkau adalah orang yang suka menghubungkan kasih sayang yang memikul yang berat."

Khadijah segera mengajak beliau untuk menemui Waraqah bin Naufal, pakcik kepada Khadijah. Dia adalah seorang pendeta Nasrani yang sangat memahami Kitab Injil. Setelah bertemu dengannya, Khaijah meminta Rasulullah SAW untuk menceritakan kejadian yang dialaminya semalam.

Setelah Rasulullah selesai menceritakan pengalamannya semalam, Warakah berkata. "Inilah utusan, sebagaimana Allah SWT pernah mengutuskan Nabi Musa as. Semoga aku masih dikurniakan hidup sampai saatnya engkau diusir oleh kaummu." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah mereka akan mengusir aku?" Waraqah menjawab, "Benar! belum pernah ada seorang nabi pun yang diberi wahyu seperti engkau, yang tidakdimusuhi orang. Apabila aku masih mendapati engkau, pasti aku akan menolong engkau sekuat-kuatnya."

(HR Al-Bukhari, Bada' Ul Wahyi No. 3)


No comments:

Post a Comment